WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Imbasan Dokumen Untuk Peranti Android

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengimbas dokumen secara terus menggunakan kamera telefon mereka. Ciri ini telah tersedia untuk pengguna iOS dan kini sedang dalam proses pembangunan untuk peranti Android. Dengan fungsi ini perkongsian dokumen menjadi lebih mudah dengan hanya menangkap dan menghantarnya tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga.

image is not available

WhatsApp menawarkan dua mod untuk ciri imbasan dokumen ini iaitu manual atau automatik. Dalam mod manual, pengguna boleh menentukan sendiri keadaan yang sesuai untuk mengambil gambar bagi memastikan dokumen tersebut diposisikan dengan tepat sebelum diimbas. Manakala, mod automatik pula membolehkan kamera mengenal pasti dokumen secara pintar, dan mengambil gambar tanpa memerlukan sebarang tindakan tambahan daripada pengguna.

image is not available

Selepas dokumen diimbas, WhatsApp akan menukarnya secara automatik ke dalam format PDF bagi menjadikan fail berkenaan mudah untuk dikongsi. Semua proses ini dilakukan terus melalui peranti yang menggunakan API Android tanpa bergantung terhadap perkhidmatan luar. Selain itu, dokumen yang dihantar melalui WhatsApp akan dilindungi dengan fungsi penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) bagi memastikan kandungan hanya boleh diakses oleh pihak yang terlibat dalam perbualan sahaja.

Ciri ini masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan dilancarkan dalam kemaskini WhatsApp yang akan datang.