WhatsApp hari ini melaporkan bahawa pihak mereka sedang membangunkan sebuah ciri untuk menanda semua kiriman mesej sebagai telah dibaca dengan sekaligus, sebagai ketersediaan yang akan ditawarkan dalam kemas kini aplikasi yang akan datang. Melaluinya, pengguna dengan mudah dapat mengosongkan semua kiraan mesej yang belum dibaca.

Menerusi ciri ini, pengguna dapat menghilangkan semua kiraan mesej yang belum dibaca hanya dengan melakukan satu tetapan mudah. Ciri ini sangat berguna khususnya kepada pengguna aplikasi WhatsApp yang memiliki banyak kumpulan sembang atau kiriman mesej peribadi yang tidak dibaca. Ciri seumpama ini sekaligus membantu pengguna untuk lebih fokus pada kiriman mesej yang lebih penting.
Sebelum ini, ciri menanda pesanan mesej sebagai telah baca ini telah lama diberikan oleh WhatsApp kepada pengguna. Namun, ia memerlukan pengguna untuk melakukan langkah tetapan manual dengan perlu memilih setiap satu daripada kiriman mesej berkenaan untuk ditandakan. Berdasarkan laporan, ciri ini dikatakan kelak akan diberikan kepada semua pengguna WhatsApp menerusi kemas kini yang akan datang.

