WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Untuk Pin Acara Dalam Community

TechnologyDigital
29 Jan 2024 • 4:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam menyediakan lebih banyak pilihan kemudahan asas untuk memperkasakan ciri Community, WhatsApp dilihat sedang membangunkan ciri baharu iaitu Pinned Events. Dalam kata lain, ia boleh memudahkan ahli komuniti mengakses pelbagai acara penting dengan hanya membuka tetingkap sembang.

image is not available

Pada pemerhatian kami, konsepnya dilihat sama seperti sokongan pin untuk mesej yang pernah diumumkan sebelum ini. Tidak kiralah sama ada acara dijadualkan atau peringatan mudah, ia akan dipinkan secara automatik pada bahagian atas tetingkap bagi memudahkan maklumat diakses semua.

Buat masa ini ia masih diperingkat pembangunan, dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved