WhatsApp akan diberi tambahan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah lagu pada kemaskini status. Ia dikenali sebagai Music For Status Updates dan masih dalam fasa pembangunan yang hanya ditawarkan melalui kemaskini aplikasi pada masa akan datang. Meskipun begitu WhatsApp dilihat memberi gambaran awal yang boleh memberi pemahaman tentang pelaksanannya nanti.

Menurut WhatsApp, fungsi ini boleh diakses melalui butang muzik khusus yang muncul selepas pengguna selesai memilih imej atau video yang mahu dikongsi. Melalui butang tersebut pengguna boleh mencari lagu serta artis tertentu lantas menambah audio kegemaran terus pada kemaskini status tadi. Audio tersebut kemudian akan digabungkan secara automatik bersama kemasini status untuk mencipta kandungan yang menarik kepada khalayak sasaran masing-masing.
Pemilihan konsep dilihat sama seperti yang ditawarkan oleh Instagram pada kemaskini Stories. Meskipun begitu masih boleh dianggap menarik memandangkan kebiasaannya melalui muzik kita bukan sahaja boleh menyalurkan emosi. Bahkan fikiran yang mungkin sukar disampaikan melalui kata-kata. Buat masa ini belum diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini bagi versi penuh.
