Adobe Kini Menawarkan Aplikasi Adobe Fresco Secara Percuma Sepenuhnya

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 9:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe sebelum ini telah memperkenalkan Adobe Fresco pada November 2019 yang lepas, memudahkan pengguna melakukan lakaran dan lukisan menggunakannya. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma sejak pengenalannya, tetapi beberapa ciri-ciri dihadkan kepada pelanggan berbayar.

image is not available

Namun, perkara berkenaan kini berubah apabila Adobe menawarkan Adobe Fresco secara percuma sepenuhnya. Dengan langkah ini, semua pengguna boleh mengakses kepada ribuan variasi berus dan sebagainya tanpa perlu membayar.

Bagi anda yang suka melakar dan mewarna, mungkin boleh menyemak aplikasi Adobe Fresco dan menggunakannya dalam penghasilan karya anda. Adobe Fresco ditawarkan untuk iPad, iPhone dan Windows sahaja buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved