WhatsApp dilihat sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memindahkan pemilikan Channel. Ia dibangunkan untuk memberi fleksibiliti kepada pengguna dalam menguruskan Channel dengan baik. Seterusnya memindahkan tanggungjawab kepada pengguna lain sekiranya perlu.

Dalam contoh yang ditunjukkan pilihan baharu ini akan disediakan melalui ruang tetapan. Sebaik sahaja pemilik baharu bersetuju untuk menjadi pentadbir, mereka akan diberi akses penuh untuk mentadbir Channel. Ini termasuklah keupayaan mengubah tetapan utama, memadam Channel, membuang pentadbir lain dan mengawal kandungan yang disiarkan.

Penggunaanya amatlah disyorkan apabila pemilik Channel perlu membahagi tugas kerana kekangan masa, atau mungkin menghadapi cabaran dalam mentadbir Channel dengan berkesan. Selain juga berguna dalam situasi yang memerlukan pengguna menguruskan dua akaun yang berbeza secara serentak.
Pilihan baharu ini sedia diuji dalam kalangan pengguna beta terpilih dan boleh diberi peningkatan menarik sebelum dilancarkan secara rasmi kepada umum. Jangan lupa juga untuk ikuti Channel Malaysia yang sedia aktif di WhatsApp seperti Amanz, Cereka dan Sukanz untuk perkongsian menarik.
- Sumber
- WABetaInfo
