WhatsApp versi penuh kini di pergelangan tangan, apa kelebihannya?

Digital
21 Jul 2023 • 7:37 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Empunya WhatsApp, Meta telah mengumumkan yang aplikasi permesejan terkenal itu di Wear OS kini berada dalam versi penuh. Ia setelahbeberapa ketika WhatsApp versi WearOS diuji secara beta dan ia adalah satu berita baik kerana hampir dengan majlis Unpacked 2023 Samsung tak lama lagi.

Dengna WhatsApp versi Wear OS, pengguna beroleh ciri permesejan yang hampir serupa seperti versi telefon pintar. Misalnya, mereka boleh mencetuskan bebenang sembang baharu, membalas mesej masuk, ataupun menjawab panggilan suara terus daripada pergelangan tangan. Lagi fungsi yang ada adalah seperti mesej bersuara dan memasukkan emoji ke dalam mesej.

image is not available

WhatsApp untuk Wear OS tersedia untuk peranti yang menjalankan Wear OS 3 dan ke atas. Samsung adalah jenama pertama yang mengguna pakai Wear OS 3 pada siri Galaxy Watch 4 mereka dan peranti itu dilancarkan dalam bulan Ogos 2021 lalu.

image is not available

Kemudian siri Galaxy Watch 5 pula diumum dalam bulan Ogos 2022.

image is not available

Seterusnya, 26 Julai 2023 ini Samsung dijadualkan akan mengadakan Unpacked 2023 untuk melancarkan sebilangan produk baharu dan salah satunya adalah siri Galaxy Watch 6 yang tentu sekali bakal jadi antara yang pertama menjalankan Wear OS 4.

Untuk pengetahuan anda, Wear OS 4 diperkenalkan sewaktu Google I/O 2023 dalam bulan Mei 2023 lalu. Antara naik taraf yang diumumkan pembangunnya adalah pengomtimuman sistem yang mampu mempercekap penggunaan bateri.

Sumber: GSMArena