“Who Hurt U” – Ilustrasi ‘Perli’ Cara Popular Dulu & Sekarang, Netizen Pertahankan Ryan Bakery

28 Aug 2022 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasti ramai yang sudah mengenali TikTok famous, Ryan Bakery yang kini semakin popular selepas menjadi viral apabila sering memuat naik konten-konten video yang menggamit memori zaman kecil.

Baru-baru ini, sebuah portal akhbar tempatan telah memuat naik sebuah ilustrasi mengenai perbandingan cara seseorang ingin menjadi popular pada zaman dahulu dan sekarang.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat terdapat dua situasi berbeza yang menunjukkan zaman dahulu dimana cara untuk popular memerlukan pelakon yang berwajah ‘handsome’ dan set pengambaran yang lengkap dengan kamera, lampu, dan kru-kru produksi.

image is not available

Berbeza pula dengan zaman sekarang dimana ilustrasi itu menunjukkan mereka hanya memerlukan telefon bimbit dan bedak tabur sambil merakam aksi spontan untuk dijadikan sebagai konten.

Difahamkan, kartunis itu seakan-akan menggunakan ‘Ryan Bakery’ sebagai contoh ilustrasi berkenaan dengan hanya menggunakan ‘bedak’ sebagai kunci utama untuk menjadi popular.

Bagaimanapun, ilustrasi daripada karikatur portal tersebut telah menerima kecaman daripada orang ramai yang rata-ratanya mempertahankan Ryan Bakery dan mendakwa portal tersebut sengaja menggunakan TikToker itu sebagai contoh untuk memerli kejayaan populariti yang diperolehnya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Inshallah Rezeki Tak Putus" - Gadis Kongsi 'Amalan' Letak Air Dalam Pinggan Lepas Makan, Netizen Kata Menyusahkan?