Belanjawan 2027 beri bayangan PR16 tahun depan – Ketua Pembangkang

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 12:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027 beri bayangan PR16 tahun depan – Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Belanjawan 2027 menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa belanjawan itu sarat dengan pengumuman berbentuk ‘gula-gula’, susulan peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan sebanyak 11.41 peratus berbanding tahun ini.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan kepada SPR turut menjadi antara perkara yang ditelitinya ketika membahaskan belanjawan berkenaan.

Katanya, perkembangan itu menimbulkan kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan atau selepas belanjawan berkenaan diluluskan.

“Jadi kita fahamlah, sebab itu saya rasa bahawa belanjawan atau bajet pada tahun ini hanyalah diberikan banyak manis-manis yang telah diumumkan.

“Kita fahamlah tu, tahun depan pilihan raya mungkin. Tuan Yang Dipertua, atau selepas selepas bajet ini, itu pun kalau diluluskan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata demikian ketika membangkitkan peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan dan peruntukan kepada SPR dalam belanjawan berkenaan. – UTUSAN 

The post Belanjawan 2027 beri bayangan PR16 tahun depan – Ketua Pembangkang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved