
Seorang pemandu lori telah menerima pengiktirafan sebagai ‘Wira Jalan Raya’ selepas tindakannya yang berani berjaya menyelamatkan nyawa dalam insiden kemalangan di Terowong Menora pada 15 Jun lalu.
Pengiktirafan itu disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dalam Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR) yang berlangsung di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia.
Pemandu lori terbabit, Wong Tuck Meng, 40, diiktiraf selepas menggunakan kenderaan dipandunya untuk membantu memberhentikan sebuah bas yang hilang kawalan, sekali gus mengelakkan tragedi lebih besar dan menyelamatkan ramai pengguna jalan raya.
Dalam majlis berkenaan, dia menerima sijil penghargaan serta wang sagu hati berjumlah RM10,000.
Baca juga:
Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori
Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama
NRES sedia beri kerjasama penuh siasatan SPRM isu pemindahan gajah ke Jepun
Dalam insiden tersebut, pemandu bas, Ahmad Yasin Ab. Malek, 41, turut terlibat dan hadir pada majlis penghargaan berkenaan yang diadakan sejurus selepas YB Menteri membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 bagi Bacaan Kedua di Parlimen Malaysia.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menghargai keberanian, tanggungjawab serta keprihatinan pengguna jalan raya, selain selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kebersamaan dalam membina ekosistem pengangkutan yang lebih selamat.
@azamadnan Terima kasih rakyat malaysia!
♬ Chant – Florian Arbenz & Greg Osby
MOT turut berharap insiden berkenaan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengutamakan keselamatan jalan raya serta memupuk budaya saling membantu ketika berdepan situasi kecemasan.
@pakcikh0t Steady driver lori! elak kejadian lebih teruk.. KM265 arah selatan, selepas terowong menora.. bas Permata Utara #accident #ipoh #terowongmenora #kemalanganbas
♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET
Terdahulu, tular rakaman video sebuah lori yang menahan sebuah bas yang dipercayai hilang kawalan berhampiran Terowong Menora. Tindakan pantas pemandu lori berkenaan meraih pujian ramai kerana berjaya mengelakkan kemalangan lebih buruk serta menyelamatkan banyak nyawa.
The post Wira jalan raya: Pemandu lori terima pengiktrafan selepas insiden Terowong Menora appeared first on The Reporter.





