Wira rakyat penggerak ekonomi negara! PM Anwar umum RM1 juta bantu penjaja, peniaga kecil

LocalBusiness & Finance
1 Nov 2026 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penjaja dan peniaga kecil sebagai wira rakyat yang memainkan peranan besar dalam menjana ekonomi negara, meskipun hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Menurut beliau, golongan berkenaan bukan sahaja mencari rezeki untuk menyara keluarga, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kehidupan seharian masyarakat.

Anwar berkata, kira-kira 80 hingga 85 peratus rakyat Malaysia mendapatkan makanan di gerai dan warung, sekali gus membuktikan kepentingan sektor penjaja dalam ekonomi negara.

“Majoriti rakyat, 80 hingga 85 peratus, makan di gerai dan warung. Sebab itu sejak jadi Perdana Menteri, empat tahun ini, tiap minggu hari Jumaat, sebelum atau selepas solat Jumaat, saya pergi makan tengah hari di warung dan gerai nak tunjuk bahawa bagus kita sokong gerai dan peniaga-peniaga.
“Dia bukan syarikat besar, dia bukan Datuk atau Tan Sri. Tapi dia wira rakyat. Dia boleh membantu angkat ekonomi rakyat, dia jaga keluarga dia dan dia boleh jana ekonomi,” katanya.
Anwar berkata peruntukan itu perlu disalurkan secara terancang bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati persatuan penjaja dan peniaga kecil secara menyeluruh. - Foto Bernama

Kredit Foto: BERNAMA

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 di Dataran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Stadium Kajang, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu persatuan penjaja serta peniaga kecil di peringkat kebangsaan dan negeri.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan keberkesanan bantuan kerajaan perlu diukur berdasarkan perubahan sebenar terhadap pendapatan peniaga, bukannya sekadar jumlah peruntukan yang disalurkan.

Image from: Wira rakyat penggerak ekonomi negara! PM Anwar umum RM1 juta bantu penjaja, peniaga kecil

Kredit Foto: UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bekerjasama dengan persatuan berkaitan untuk membandingkan purata pendapatan peniaga sejak tiga tahun lalu dengan pencapaian tahun ini.

“Mungkin Steven Sim (Menteri KUSKOP) boleh kerjasama dengan persatuan. Saya nak tahu berapa banyak. Ambil purata pendapatan peniaga tiga tahun lalu dengan tahun ini. Berapa peningkatannya? Ini cara kita buat penilaian. Apa kelemahan dia, apa kekurangan dia.
“Kerana bagi saya, kalau kita dapat bantu peniaga dan peniaga kecil ini, dia akan bantu satu juta keluarga dalam negara kita,” jelasnya.

Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberikan perhatian terhadap usaha menaik taraf gerai dan warung supaya lebih bersih, tersusun serta menarik bagi meningkatkan keselesaan pelanggan.

Langkah itu diharap dapat membantu penjaja kecil mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Sumber: Berita RTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved