PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil

LocalBusiness & Finance
1 Nov 2026 • 1:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyaluran peruntukan RM1 juta kepada Kementerian  Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada penjaja dan pengusaha gerai yang perlu dibantu menerusi penyusunan peruntukan secara lebih terancang 

Menurut beliau, peruntukan itu juga perlu dimanfaatkan bagi memastikan golongan terbabit mencatat peningkatan pendapatan setiap tahun. 

“Bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil, dia  akan bantu sejuta lagi ahli keluarga lain negara kita.

“Justeru atur (peruntukan RM1 juta) baik-baik bantu supaya setiap tahun ada peningkatan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di sini hari ini. – UTUSAN

The post PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved