Wong Chen mohon maaf kepada pengundi Subang

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wong Chen mohon maaf kepada pengundi Subang

PUCHONG: Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memohon maaf kepada pengundi atas keputusan mengosongkan kerusi sebelum pembubaran Parlimen berlaku.

Katanya, walaupun memilih untuk berundur lebih awal, beliau tidak pernah menyesali tempoh lebih 13 tahun yang digunakan untuk menjalankan tanggungjawab serta menjaga kepentingan penduduk Subang dan Kelana Jaya.

Menurutnya, keputusan berundur kira-kira setahun lebih awal daripada pembubaran Parlimen merupakan perkara yang paling sukar untuk diterima kerana melibatkan mandat yang telah diberikan oleh pengundi.

“Saya sepatutnya menunggu sehingga Parlimen dibubarkan, namun saya memilih untuk berundur dan atas keputusan itu, saya ingin memohon maaf kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar perletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen di Ibu pejabat Bersama, hari ini.

Wong berkata, keputusannya untuk berundur sebagai wakil rakyat sebelum keluar daripada PKR didorong keinginan untuk memastikan prinsip demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan terus dipelihara.

Katanya, sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, beliau yakin telah melaksanakan amanah diberikan rakyat dengan sebaik mungkin.

“Rekod saya jelas dan hati nurani saya benar-benar bersih,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa pukul 5 petang, kelmarin.

Wong berkata, notis peletakan jawatannya itu telah disampaikan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. –UTUSAN

The post Wong Chen mohon maaf kepada pengundi Subang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved