Worldskills ASEAN Manila 2025: Pelajar Kolej Vokasional memang hebat! Raih emas & gangsa – Fadhlina Sidek

4 Sep 2025 • 1:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar Kolej Vokasional (KV) yang cemerlang di pentas antarabangsa.

Beliau berkata, anak-anak KV sekali lagi membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia pada pertandingan Worldskills ASEAN Manila 2025.

“Saya tidak akan pernah jemu mengatakan anak-anak Kolej Vokasional (KV) memang hebat!
“Baru-baru ini mereka sekali lagi membanggakan negara apabila cemerlang pada pada pertandingan Worldskills ASEAN Manila 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

Pelajar Kolej Vokasional memang hebat

Antara yang mencipta sejarah ialah pelajar KV Kajang, Nuraisyah Azlin yang berjaya merangkul Pingat Emas dalam acara Automobile Technology, manakala Muhammad Aidil Fahmi bin Aznan dari KV Butterworth turut membawa pulang Pingat Gangsa dalam acara sama.

Kejayaan itu turut diserikan dengan pencapaian membanggakan alumni KV Sungai Petani 1, Muhammad Zahidi bin Mohd Zaidi yang memenangi Pingat Emas dalam acara Web Technologies.

“Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang telah berusaha keras memastikan kejayaan menjadi milik kita.
“Semoga ini menjadi inspirasi untuk kita lebih cemerlang pada masa hadapan,” ujar Fadhlina.

image is not available

Kemenangan itu sekali lagi membuktikan pelajar Kolej Vokasional bukan sahaja berdaya saing di peringkat nasional, malah mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Sumber: FB Fadhlina Sidek