Wow! Tandas Sekolah Rendah Cantik Buat Ramai Netizen Rasa Nak Kembali Jadi Pelajar

13 Nov 2023 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Umum sedia tahu bahawa kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk pembaikan tandas awam di  seluruh Malaysia.
 
Susulan itu, sebuah video tular telah mendapat perhatian ramai setelah memaparkan kebersihan dan kecantikan sebuah tandas di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja di Hulu Perak.
 
Menerusi video berdurasi 3 minit yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fendy.daud4, dapat dilihat penambahbaikan yang ketara dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap keselesaan tandas sekolah.
 
Bukan sahaja memfokuskan keselesaan, tandas itu juga didapat mempunyai dekorasi mewah dan juga tempat mandi untuk pengguna.
 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpesona dengan nilai ‘aesthetic’ yang dipaparkan serta memuji inisiatif berkenaan.
 
Antara komen yang diterima:

Sumber: TikTok


image is not available