WTEC Group beli kilang berharga RM16 juta di Semenyih bagi pengembangan operasi

LocalBusiness & Finance
20 Jun 2025 • 6:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

WTEC Group beli kilang berharga RM16 juta di Semenyih bagi pengembangan operasi

image is not available

20/06/2025 - 18:08

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Jun - WTEC Group Berhad menerusi WTEC Sdn Bhd memeterai surat hasrat (LOI) dengan One Lunar Sdn Bhd bagi kilang berkembar dua tingkat berharga RM16 juta bagi tujuan pengembangan operasi di Semenyih, Selangor.

Kumpulan itu berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, syarikat merancang untuk menyatukan beberapa operasi pembuatan sedia ada dari 4 fasiliti berbeza ke dalam satu kilang baharu.

"Syarikat berhasrat untuk memperoleh sebuah kilang ‘siap bina’ di Kajang atau Semenyih yang telah siap sepenuhnya dan mematuhi semua keperluan peraturan yang berkaitan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, LOI itu tidak akan memberikan sebarang kesan material atas modal saham terbitan dan pemegangan saham pemegang saham besar syarikat kerana pertimbangan pembelian akan dilunaskan menerusi hasil tawaran awam permulaan (IPO), dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman bank.

Selain itu, LOI itu tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. - DagangNews.com

standard