WTF 2024: Langkah kanan Tang Jie-Ee Wei di Hangzhou

11 Dec 2024 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Momentum positif dipamerkan Tang Jie (kanan) dan Ee Wei apabila menang aksi pertama WTF 2024. Foto Agensi.

image is not available
Soon Huat (kiri) dan Shevon terpaksa akur tewas kepada rakan senegara dalam aksi pertama WTF di Hangzhou pada Rabu. Foto Agensi.

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan saingan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China dengan langkah kanan selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai sebentar tadi.

Kemenangan tersebut bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sehingga ke permainan penentuan dalam saingan Kumpulan B itu.

Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-10 dunia memulakan permainan dengan momentum positif apabila mendominasi set pertama menerusi kemenangan 21-14.

Tersentak dengan keputusan itu, Tang Jie-Ee Wei yang berstatus kelapan dunia memperkemaskan corak permainan dan ia berbaloi apabila menang 21-10 untuk mengheret saingan ke set penentuan.

Mereka kemudian meneruskan rentak bertenaga apabila menafikan pengalaman pasangan suami isteri yang mencecah usia 34 dan 31 tahun itu untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam tempoh 50 minit permainan.

Menerusi kemenangan tersebut Tang Jie-Ee Wei yang masing-masing berusia 26 dan 24 tahun menyamakan rekod kemenangan kepada 3-3 ke atas Soon Huat-Shevon.

Kejohanan berprestij penutup musim itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.11 juta).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved