Atlet gimnastik artistik negara berusia 23 tahun, Ng Chun Chen, berkobar-kobar untuk menghadapi Sukan Universiti Dunia (WUG) apabila lawannya di Rhine-Ruhr bukan calang-calang, iaitu pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Shinnosuke Oka dari Jepun.
