
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi perkara sebegini sudah mula berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Malah, sudah seringkali kita mendengar keluhan atau aduan individu khususnya mereka yang tinggal di kawasan kediaman seperti pangsapuri mengenai masalah ini.
Meskipun telah berulang kali diberi peringatan, masih ada segelintir yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sama walaupun kotak parkir itu bukanlah milik mereka.
Tular penduduk pangsapuri cop parking
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang lelaki bertindak ‘cop parking’ di sebuah pangsapuri di Selangor.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @johnlahkot, kelihatan lelaki berkenaan mengeluarkan kereta dipandunya jenis Perodua Bezza daripada sebuah kotak parkir.
Tidak lama selepas itu, dia pula yang keluar daripada kereta dan mengambil sebuah tong sebelum meletakkannya di kotak parkir berkenaan untuk ‘cop parking’.
Pemilik video dah penat, hadap perangai penduduk suka ‘cop parking’
Pemilik rakaman dashcam yang juga penghuni pangsapuri itu menyatakan bahawa dia sudah penat melayani ragam dan budaya penduduk di sana yang gemar mencop parkir.
“Selalunya aku tak dapat nak rekod orang cop parking ni. Aku dah penat dengan parkir dekat rumah aku ini.
“Hari-hari orang cop parking macam bapa dia punya tempat. Apa dia ingat ini kondominium ke beli rumah dapat percuma parkir? Hari ini buat aduan, esok lusa ada lagi,” luahnya.
Cop parking satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perbuatan cop parking seperti meletak kerusi, motosikal, kon, pasu bunga, berdiri atas petak parkir dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Twitter/JPJ_Malaysia
Menurut JPJ lagi, undang-undang ini juga boleh digunakan di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Individu yang didapati bersalah kerana cop parking boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya mengikut Seksyen 119.
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) July 3, 2019
Memetik Majlis Bandaraya Subang Jaya pula, sebarang objek yang menghalang tempat letak kenderaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Seksyen 46(1)(a) Akta 133 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.
Netizen pakat kecam, dakwa memang mentaliti B40 suka ‘cop parking’
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana sesuka hati ‘cop parking’ yang bukanlah miliknya.
Tidak hanya itu, kebanyakan mereka juga mendakwa bahawa sikap sebegini kebiasaannya dilakukan oleh golongan B40.
Ada juga netizen yang meminta pemilik video tersebut membuat aduan agar masalah ‘cop parking’ ini tidak lagi berlaku di kawasan perumahan tersebut.




Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Duduk Flat Selera Kondo” – Wanita Letak Tong Untuk ‘Cop Parking’ Dikecam Ramai [Video]

![Rakaman CCTV Dedah Situasi Sebenar Budak 4 Tahun Diserang Anjing Liar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)


![“Bahagia Sebenar”- Keluarga Datang Berbuka Dengan Pengawal Di Sekolah Buat Ramai Terharu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
