Pandang Pertama : Oppo Reno

17 May 2019 • 5:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo kini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Reno, hadir dengan rekaan kamera pop-naik, dilengkapi kamera belakang 48MP, selain penawaran rekaan skrin menyeluruh tanpa sebarang takuk. Di Malaysia, Oppo Reno ditawarkan pada harga RM1999.