X Dilihat Akan Mematuhi Arahan Mahkamah Di Brazil Untuk Kembali Beroperasi Di Negara Tersebut

TechnologyDigital
22 Sep 2024 • 8:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X baru-baru ini telah diharamkan di Brazil disebabkan beberapa arahan yang tidak dipatuhi, sekaligus membuatkan ramai pengguna negara berkenaan beralih ke platform lain seperti Bluesky dan Tumblr. X dibawah Elon Musk yang pada awalnya seperti tidak ingin mengalah, kini dilihat telah membuat pemfailan mahkamah, menyatakan akan mematuhi pelbagai arahan mahkamah.

Ini adalah termasuk untuk menghalang beberapa akaun, membayar denda, dan turut mempunyai wakil tempatan di negara Brazil. Walaubagaimanapun, mahkamah dilaporkan memberikan tempoh 5 hari untuk X menyediakan beberapa dokumen berkaitan perkara ini.

Sebelum ini, X telah diarahkan untuk menghalang beberapa akaun – yang mana X pada awalnya mengatakan akan patuh. Tetapi, sebaliknya X mengambil langkah untuk menutup pejabat operasi di Brazil. Lanjutan daripadanya, perkhidmatan X telah diharamkan di negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved