
Baru-baru ini, satu video tular di platform X memaparkan seorang remaja mengalami halusinasi dipercayai akibat menghisap vape berperisa ‘magic mushroom’.
Kanak-kanak berhalusinasi sebab hisap vape?
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, kanak-kanak tersebut menghadapi halusinasi yang teruk hanya kerana menghisap vape.
Kata ustaz ditempat tersebut, kanak-kanak itu sudah semakin pulih kerana tidak mencederakan diri sendiri lagi.
Kesan
Ya Allah SELAMAT kan la Bangsa melayu aku pic.twitter.com/OxSgzuup5V— jijiee malaya (@khairulazizi75) September 9, 2024
Tambahan ustaz itu lagi, lebih merisaukan kerana produk tersebut sudah semakin mudah untuk kanak-kanak membelinya.

Ada yang simpati, ada yang persoal
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati atas apa yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit dan berharap agar perkara ini dibendung di kalangan masyarakat.


Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan kesahihan video tersebut kerana kelihatan seperti berlakon dan dibuat-buat supaya menakutkan orang ramai daripada menghisap vape perisa ‘magic mushroom’.
Pelajar Tingkatan Empat Di Kemaman Sawan, Kini Kritikal Akibat Hisap Vape ‘Magic Mushroom’
The post “Siapa Nak Jaga Macam Ni? Sedih Sangat Tengok..” – Hisap Vape Magic Mushroom, Remaja Teruk Berhalusinasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



