Banyak platform media sosial sekarang menawarkan ciri melihat dan memantau capaian kandungan masing-masing. Ini adalah untuk membantu para pencipta kandungan menjana pendapatan serta memberi semangat untuk terus hadir dengan kandungan berkualiti. Terbaru adalah X yang meluaskan lagi penawaran Radar yang kini boleh diakses oleh pengguna Premium+.
Today, we’re expanding the roll-out of Radar, our real-time trend analysis tool (formerly known as Insights).
With Radar, you can be among the first to spot emerging trends as they happen.
Access is rolling out to select Premium+ users starting today. This is an early version… pic.twitter.com/OO4ye4WIoX
Radar atau sebelum ini adalah Insights kali pertama ditawarkan kepada akaun X untuk syarikat sahaja. Dengan penawaran lebih meluas kepada pengguna Premium+, Radar membenarkan pengguna melakukan analisa terhadap trend kandungan. Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna merancang kandungan apa yang ingin dikongsi yang boleh menerima capaian terbaik.
Menariknya dengan Radar, pengguna bukan sahaja boleh melihat trend kandungan yang dikongsi tetapi turut boleh menapis perbualan antara pengguna (dalam bebenang yang ada balasan) untuk menentukan topik apa yang boleh menjadi rancak apabila dibincangkan. Radar yang ditawarkan adalah versi awal dengan X menjanjikan pelbagai ciri menarik akan diperkenalkan lagi.



