X Memperkenalkan Ciri Pengiklanan Jawatan Kosong Untuk Organisasi

TechnologyDigital
26 Aug 2023 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X dibawah Elon Musk kini terus menambah ciri baharu, dan terkini mereka memperkenalkan ciri dinamakan X Hiring dalam bentuk beta. Melalui ciri ini, ia membolehkan pelbagai organisasi menggunakan X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter – dalam mengiklankan jawatan atau kerja kosong pada organisasi masing-masing.

image is not available

X buat masa ini menawarkan ciri ini kepada Verified Organization sahaja, dan belum membukanya kepada umum. Walaupun tidak menawarkan ciri penuh seperti LinkedIn atau JobStreet buat masa ini, namun langkah ini dilihat merupakan sebahagian daripada langkah X dalam menjadi sebuah aplikasi semua dalam satu.

Bagi anda yang berminat dengan ciri ini, boleh mendaftar minat pada laman X Hiring hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved