X Menguji Ciri Telesidang Untuk Bersaing Dengan Zoom dan Google Meet

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lepas, telah kami laporkan yang X sedang membangunkan ciri telesidang terbina ke platform mereka. Ini adalah untuk bersaing dengan Zoom dan Google Meet serta merealisasikan impian X sebagai platform satu-untuk-semua. Terbaru salah seorang pembangun X, Chris Park telah mengesahkan ciri ini kini dalam peringkat ujian.

Ciri ini bakal menggunakan nama X Conference dengan antaramuka yang mirip digunakan dalam Teams dan Meet. Tambahan beliau, X Conference akan mempunyai ciri paparan notifkasi peserta keluar/masuk yang lebih baik, boleh menyemat peserta utama dan peserta lain, kemudian ketika sesi telesidang – skrin tidak akan membawa pengguna ke skrin utama setiap kali apabila ada orang bercakap.

Setakat ini X Conference hanyalah sebuah aplikasi telesidang biasa. Pesaing mereka seperti Zoom kini sudahpun boleh menyokong sehingga 1 juta peserta serentak. Meet pula boleh mengambil nota secara automatik dan menggunakan avatar AI sebagai pengganti diri jika sibuk.

Buat masa ini masih tidak pasti bila X Conference akan dilancarkan kepada umum. Ia juga tidak diketahui sama ada adakah ia merupakan ciri percuma atau terhad kepada pelanggan X Premium sahaja. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved