X Pro (dahulunya Tweetdeck) tidak boleh diakses sejak 20 minit yang lalu. Sekiranya X Pro cuba diakses oleh pengguna, notifikasi di bawah dipaparkan menyeru pengguna memeriksa sambungan ke internet. Apabila carian dilakukan di X, ramai pengguna melaporkan isu yang sama dengan kami.

Sejak diambil alih oleh Elon Musk, Tweedeck dijenamakan semula menjadi X Pro dengan ia kini hanya boleh digunakan oleh pelanggan X Premium (dahulunya Twitter Blue). Pada waktu akaun rasmi X Premium dan X Support belum memberikan sebab mengapa gangguan berlaku serta bila perkhidmatan akan dapat diakses semula.

