
Elon Musk sebelum ini menyasarkan pengenalan model kecerdasan buatan terbaru Grok mereka pada tahun ini. Namun, kini ia dilihat mengalami kelewatan, dan kita mungkin akan hanya melihat Grok 5 pada awal tahun hadapan.

Elon Musk mengatakan Grok 5 akan menjadi model kecerdasan buatan janaan yang paling baik di pasaran, dan merupakan model dengan 6 trilion parameter, sekali ganda lebih besar berbanding model sedia ada. Model baharu ini juga dikatakan lebih pantas dan pintar berbanding sebelum ini.
Disamping berinteraksi melalui perbualan, Grok 5 juga dikatakan dilatih untuk menggunakan pelbagai peralatan dan perisian dengan baik – termasuk untuk pencarian di internet, memahami video dan sebagainya. Langkah ini dilihat selari pelbagai syarikat AI yang kini berlumba dengan penawaran agen AI.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Grok 5 ini secara rasminya pada suku pertama 2026 kelak.

