xAI Milik Elon Musk Dilaporkan Sedang Meraih Dana Berjumlah $20 Bilion

TechnologyDigital
26 Apr 2025 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

xAI Holdings, syarikat yang mempunyai perkhidmatan kecerdasan buatan xAI dan juga perkhidmatan media sosial X, kini dilaporkan dalam proses untuk meraih dana berjumlah $20 bilion, sekaligus membawa nilai syarikat sekitar lebih $120 bilion.

Pihak xAI atau Elon Musk tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Ia diperkatakan berkemungkinan juga nilai dana yang diraih mungkin juga bernilai lebih $20 bilion.

Tujuan penggunaan dana ini tidak dinyatakan. Berkemungkinan besar, akan digunakan dalam terus membangunkan infrastruktur untuk kecerdasan buatan, disamping untuk perkhidmatan media sosial X sendiri.