Xbox akan membuang ratusan lagi pekerja serta menggabungkan beberapa studio milik mereka minggu ini menurut laporan The Information. Ia sebuah lagi gelombang pemecatan pekerja yang dilakukan oleh Xbox di bawah Asha Sharma sebagai langkah menjadikan perniagaan Microsoft ini kembali menguntungkan.

Ini adalah selari dengan pengumuman Xbox yang dilakukan Julai lalu dengan 1600 pekerja dibuang dengan perancangan 1600 lagi sebelum penghujung 2026. Sekali kakitangan di bawah Xbox Game Studios, Bethesda, Activision, and Blizzard akan terjejas. Studio mana akan digabungkan tidak pula dinyatakan dalam laporan.
Setakat ini Double Fine Productions telah Compulsion Games kembali menjadi studio bebas serta dibenarkan memegang IP yang dicipta oleh mereka. Undead Labs dan Ninja Theory pula dijual kepada pihak ketiga.





