Xbox Crocs Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Xbox 360

GamingLifestyle
25 Nov 2025 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Barangan edisi khas akan ditawarkan sempena ulang tahun penting sesetengah jenama. Bagi peminta Xbox, Microsoft dan Crocs kini menawarkan sepasang Xbox Classic Clog sempena ulang tahun ke-2- Xbox 360. Selipar Crocs ini mempunyai rekaan seakan sebuah alat kawalan Xbox 360 lengkap dengan semua tombol, butang dan logo Xbox.

image is not available

Ia ditawarkan dalam warna hitam sahaja dengan ia mengekalkan rekaan selesa sepasang Crocs. Perbezaan dengan Crocs biasa hanyalah tiada lubang udara pada bahagian tubuh. Sebaliknya lubang-lubang untuk aksesori charms hanya diletakkan pada bahagian tali belakang.

image is not available

Crocs menjual pek lima charms dengan rekaan HaloFalloutDoomWorld of Warcraft, dan Sea of Thieves secara berasingan yang boleh dilekatkan pada lubang tali belakang. Xbox Classic Clog akan dijual di Amerika Syarikat pada harga $80 sepasang dengan set charms pula $20 untuk lima.