Xiaomi 17 Ultra Akan Dilancarkan Pada 25 Disember 2025

TechnologyDigital
22 Dec 2025 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kemaskini terbaharu mengesahkan bahawa Xiaomi 17 Ultra akan dilancarkan di China pada 25 Disember 2025. Selain tarikh pelancaran, rekaan kemasan peranti turut diperlihatkan dalam beberapa pilihan warna tanpa perubahan signifikan dari segi reka bentuk keseluruhan.

image is not available

Namun demikian, Xiaomi 17 Ultra hadir dengan kemasan serba baharu ‘Starry Sky Green’ yang lebih menonjol melalui elemen seakan kerlipan bintang bersinar. Ciri kemewahan itu ditambah dengan butang laras audio yang berlekuk pada bingkai peranti bagi memberikan cengkaman lebih selesa. Bonggol kamera dengan reka bentuk ringkas turut disertakan tanpa menjejaskan keselesaan penggunaan.

Peranti ini menggunakan skrin rata 2D bersaiz besar yang disertai tubuh nipis dengan ketebalan hanya 8.29mm. Nantikan pelancaran rasminya untuk ketahui butiran penuh pada peranti ini.