Xiaomi 17T Pro Kini Menyokong AirDrop Secara Natif Menerusi Quick Share

TechnologyDigital
2 Jun 2026 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17T Pro menjadi sebuah lagi peranti Android yang menyokong AirDrop menerusi Quick Share. Ia menyertai siri Google Pixel, Samsung Galaxy S26, Samsung Galaxy S25, Z Fold7, Z Flip 7, Oppo Find X9 Ultra dan Vivo X300 Ultra yang menerima ciri sama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Image from: Xiaomi 17T Pro Kini Menyokong AirDrop Secara Natif Menerusi Quick Share

Tahun lalu peranti Pixel 10 menjadi yang pertama menerima ciri menghantar dan menerima fail ke/dari peranti Apple menggunakan AirDrop menerusi Quick Share. Menerusi sokongan AirDrop menerusi Quick Share yang terbina pada semua peranti Android, sokongan rentas antara platform boleh dilakukan tanpa pemasangan aplikasi tambahan.

Google telah mengesahkan ciri ini akan disokong pada semua peranti Android menjelang penghujung 2026. Selepas ini isu tidak boleh menghantar fail kerana perbezaan ekosistem tidak lagi akan berlaku.

Sumber – Xiaomi HyperOS