Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf

TechnologyDigital
3 Jun 2026 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf

Siri Xiaomi T sememangnya sinonim sebagai pencabar utama kerana menawarkan spesifikasi yang lebih berbaloi serta mampu milik. Tahun ini, Xiaomi melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu Xiaomi 17T Pro.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Model ini hadir dengan peningkatan yang menjadikannya lebih padu, berkuasa dan bernilai tinggi. Setiap naik taraf yang dibawakan bukan sekadar kosmetik tetapi memberi kesan kepada prestasi serta pengalaman pengguna. Hal ini mengekalkan reputasi siri T sebagai pilihan bernilai yang menawarkan lebih daripada apa yang dijangka. Jadi, apakah peningkatan yang dibawakan kali ini?


Prestasi Konsisten Tanpa Kompromi

Xiaomi 17T Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9500 yang direka khusus untuk memberikan kuasa dan kelancaran maksimum. Buat pertama kali dalam sejarah siri T, Xiaomi memilih cip kelas mercu terkini menggantikan cip generasi sebelumnya. Sebagai rujukan, model Xiaomi 15T Pro sebelum ini menggunakan cip MediaTek Dimensity 9400+ yang diumumkan pada tahun 2025 walaupun dilancarkan pada Oktober 2024. Pemilihan cip terkini pada Xiaomi 17T Pro jelas memperlihatkan keyakinan Xiaomi untuk membawa siri T ke tahap baharu semakin hampir dengan pengalaman sebuah model premium.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Selain itu, Xiaomi 17T Pro dilengkapi dengan sistem penyejukan Xiaomi 3D Ice Loop yang direka untuk memastikan suhu peranti kekal stabil walaupun digunakan dalam tempoh lama. Sama ada menonton video berdefinisi tinggi, merakam detik berharga, atau bermain permainan mudah alih dengan grafik berat, suhu peranti tetap terkawal. Ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman penggunaan yang lancar tanpa gangguan akibat kepanasan, sekaligus menjadikan Xiaomi 17T Pro pilihan ideal bagi mereka yang menuntut prestasi konsisten setiap masa.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Hasilnya, Xiaomi 17T Pro menawarkan prestasi konsisten setiap masa dan menjadikannya bukan sekadar telefon pintar tetapi sebuah peranti yang benar-benar boleh diharap. Dalam kehidupan seharian pengguna mungkin perlu menghadiri mesyuarat kerja secara maya, menghantar mesej kepada rakan atau menonton siri kegemaran ketika berehat. Pada masa yang sama mereka juga mahukan telefon yang mampu menangkap gambar dan video berkualiti tinggi ketika melancong atau menghadiri majlis keluarga. Semua ini dapat dilakukan dengan yakin kerana Xiaomi 17T Pro direka untuk menampung pelbagai keperluan tanpa kompromi sekali gus memastikan pengalaman yang lancar, stabil dan memuaskan dalam setiap situasi.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Bagi mereka yang gemar bermain permua, sistem penyejukan ini memastikan sesi permainan panjang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Tiada lagi masalah frame drop atau prestasi menurun akibat kepanasan kerana suhu peranti sentiasa terkawal. Dengan kawalan suhu yang stabil, pengguna boleh bermain lebih lama dengan prestasi mantap dan menyeronokkan. Hal ini menjadikan Xiaomi 17T Pro pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan pengalaman permainan lancar setiap masa.


Bateri Besar Untuk Keyakinan Sepanjang Hari

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Seterusnya, Xiaomi 17T Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,000mAh jenis carbon-silicon. Dalam era 2026, trend bateri besar semakin menjadi keutamaan kerana pengguna mahukan telefon yang tahan lama dan bukannya sekadar pantas. Xiaomi memahami kehendak tersebut dan oleh itu bateri ini direka untuk menawarkan ketahanan jangka panjang serta kecekapan tenaga yang lebih baik. Peningkatan daripada Xiaomi 15T Pro yang menggunakan bateri 5,500mAh jelas menunjukkan komitmen Xiaomi untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan prestasi tinggi dan ketahanan yang seiring dengan gaya hidup harian.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Sebagai contoh, seorang pengguna sibuk yang bergantung pada aplikasi produktiviti sepanjang hari tidak perlu lagi risau telefon kehabisan tenaga sebelum waktu malam kerana kapasiti bateri yang besar memastikan ia bertahan lebih lama. Begitu juga dengan pengembara tegar yang menggunakan telefon untuk navigasi, mengambil gambar dan berkongsi pengalaman di media sosial kerana mereka boleh terus bergerak tanpa perlu mencari soket pengecas setiap beberapa jam. Malah bagi peminat permainan mudah alih, bateri besar ini memberikan keyakinan untuk sesi permainan panjang tanpa gangguan kerana prestasi kekal stabil sepanjang masa. Pendek kata, pengguna tidak perlu lagi bimbang kehabisan bateri kerana Xiaomi 17T Pro direka untuk bertahan dan mengekalkan prestasi terbaik sepanjang hari.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Selain itu, aspek pengecasan turut dipertingkat dengan teknologi 100W Wired HyperCharge yang membolehkan bateri diisi semula dalam masa singkat. Pada masa yang sama terdapat sokongan 50W Wireless HyperCharge dan 22.5W Reverse Wired Charging yang memudahkan pengguna mengecas peranti lain terus daripada telefon ini apabila diperlukan. Semua ciri ini menjadikan Xiaomi 17T Pro bukan sahaja sebuah telefon pintar tetapi juga sebuah peranti yang boleh diharap dalam pelbagai situasi sama ada untuk kerja, hiburan atau perjalanan jauh.


Kamera Premium dengan Sentuhan Leica

Bahagian kamera pada Xiaomi 17T Pro turut diberi perhatian bagi menjadikannya lebih premium. Ia mengekalkan kerjasama dengan Leica Camera yang sudah sinonim dengan Xiaomi dan di sinilah terletak nilai tambah yang membezakan siri ini daripada pesaing lain. Gabungan kepakaran Leica dalam bidang pengimejan bersama teknologi canggih Xiaomi menghasilkan sistem kamera yang bukan sahaja unggul dari segi spesifikasi tetapi juga mampu memberikan hasil gambar yang menonjol dari segi warna, ketajaman dan keaslian.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Konfigurasi kamera tahun ini hadir dengan peningkatan yang ketara. Kamera utama 50MP menggunakan sensor Light Fusion 950 yang lengkap dengan OIS dan jarak fokus 23mm bagi memastikan hasil gambar yang tajam serta terang. Selain itu terdapat kamera telefoto 50MP dengan 5x zum optikal dan 10x lossless zoom yang turut dilengkapi OIS serta teknologi AI Ultra Zoom sehingga 120x. Ciri sebegini biasanya hanya terdapat pada model mercu namun kini dibawa ke dalam siri T. Sama ada untuk mengambil gambar jauh atau dekat semuanya boleh dilakukan dengan mudah termasuk 30cm telemacro untuk tangkapan jarak dekat yang kelihatan profesional. Tambahan pula, terdapat kamera ultra lebar 12MP untuk sudut luas dan kamera hadapan 32MP bagi menghasilkan swafoto yang lebih jelas serta semula jadi.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Lebih menarik, Xiaomi 17T Pro memperkenalkan teknologi baharu seperti Low Scattering Coating (LSC) yang berfungsi mengurangkan pantulan cahaya dan mengelakkan kesan kabur pada imej. Sementara itu, Atomic Layer Deposition (ALD) Coating dan Subwavelength Structure Coating (SWC) pula membantu mengurangkan kesan ghosting apabila gambar diambil dari pelbagai sudut. Kamera Leica Summilux 50MP Telephoto dengan 5x zum optikal dan 10x lossless zoom ini juga merupakan kali pertama teknologi sebegini dibawa ke dalam siri Xiaomi T. Gabungan sistem Leica dengan teknologi baharu ini menjadikan pengalaman fotografi lebih premium kerana hasil gambar bukan sahaja tajam tetapi juga bebas daripada gangguan pantulan serta kesan bayangan yang sering berlaku pada kamera biasa.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Kalau diikutkan pada dasarnya, Xiaomi 15T Pro sudah menawarkan fungsi 5x zum optikal sebelum ini. Namun kali ini ciri berkenaan bukan sahaja diberikan kepada versi Pro kerana versi standard turut menerima kelebihan tersebut. Lebih penting lagi sensor pada model baharu ini telah dinaik taraf untuk menjadikan pengalaman kamera dalam siri T jauh lebih premium.

Ini bukan sekadar peningkatan biasa tetapi satu lonjakan besar untuk pengguna yang mahukan hasil gambar kelihatan lebih profesional. Sebagai contoh ketika menikmati suasana luas kamera telefoto membolehkan anda menangkap detik berharga dari jauh tanpa mengganggu keadaan sekeliling. Bagi pencinta fotografi makro telemacro 30cm memberi peluang untuk merakam butiran kecil seperti tekstur makanan atau bunga dengan hasil yang lebih terperinci. Malah bagi mereka yang aktif di media sosial kamera hadapan 32MP boleh memastikan gambar swafoto kelihatan lebih jelas dan terang walaupun dalam pencahayaan rendah.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf

Tidak dilupakan juga terdapat beberapa mod baharu yang diperkenalkan dalam siri Xiaomi 17T iaitu Stage Mode, Leica Live Moments dan Movie Mode. Gabungan ketiga-tiga mod ini membantu menjadikan rakaman kelihatan lebih sinematik serta memberikan lebih banyak pilihan kreatif terus daripada telefon. Untuk rakaman video pengguna boleh merakam dalam resolusi 4K120FPS dengan tambahan Movie Mode khusus pada lensa telefoto. Terdapat juga sokongan sehingga 4K60FPS yang menjadikan hasil rakaman lebih realistik dan sesuai untuk proses suntingan berkualiti tinggi.


Ciri Berkuasa Lain Dan Sokongan Jangka Panjang

Bahagian paparan skrin pada Xiaomi 17T Pro memberikan nilai tambah yang besar. Skrin berukuran 6.83 inci dengan kadar segar semula 144Hz memastikan setiap gerakan kelihatan lebih lancar dan selesa untuk mata. Ditambah dengan tahap kecerahan sehingga 3500 nits, paparan kekal jelas walaupun digunakan di kawasan terang atau di bawah cahaya matahari. Gabungan saiz skrin yang luas dan kadar segar semula yang tinggi menjadikan pengalaman menonton video, bermain permua atau melayari media sosial terasa lebih responsif. Paparan ini sesuai untuk pengguna yang menghargai visual berkualiti tinggi dalam setiap penggunaan harian.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Lebih menarik, Xiaomi 17T Pro turut hadir dengan persijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care yang menjadikannya telefon pertama dalam industri menerima pengiktirafan empat kali ganda untuk penjagaan mata. Hal ini bermakna walaupun digunakan dalam tempoh yang lama, paparan kekal mesra mata dan lebih selesa untuk pengguna.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T Pro

Selain itu, penarafan IP68 memastikan ketahanan terhadap air dan habuk sekali gus memberikan keyakinan tambahan untuk penggunaan harian dalam pelbagai keadaan. Xiaomi turut menawarkan lima tahun kemas kini OS serta enam tahun kemas kini keselamatan yang menjadikan telefon ini bukan sahaja berkuasa pada masa kini tetapi juga sesuai untuk kegunaan jangka panjang tanpa perlu risau menukar peranti setiap tahun.


Mahukan Alternatif Menarik Lain?

Secara keseluruhan, Xiaomi 17T Pro jelas bukan sekadar peningkatan biasa. Dari bateri besar yang tahan lama, cip berkuasa hinggalah kamera Leica premium dengan teknologi baharu, semuanya direka untuk memberi keyakinan penuh kepada pengguna.

Image from: Xiaomi 17T Pro – Lebih Daripada Sekadar Naik Taraf
Xiaomi 17T

Bagi yang mahukan alternatif lebih kompak, Xiaomi 17T hadir dengan skrin bersaiz 6.59 inci, bateri 6,500mAh besar jenis silicon-carbon, pengecasan pantas 67W HyperCharge, cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra serta kamera Leica Summilux 50MP telefoto dengan 5x zum optikal dan 10x lossless zoom. Rekaan yang lebih kecil ini mudah digenggam namun tetap menawarkan prestasi yang meyakinkan.

Ayuh dapatkannya sekarang! Di Malaysia, Xiaomi 17T Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Deep Violet, Deep Blue dan Black dengan tiga konfigurasi storan iaitu 12GB+1TB pada harga RM3,499, 12GB+512GB pada harga RM3,199 serta 12GB+256GB pada harga RM2,899.

Untuk pratempahan antara 28 Mei hingga 11 Jun 2026, pembeli akan menerima REDMI Pad 2 9.7 (4+64GB) bernilai RM569 secara percuma, bersama hadiah tambahan bernilai sehingga RM1,436. Tawaran ini merangkumi lanjutan waranti 1+1 tahun, perlindungan skrin selama enam bulan, langganan YouTube Premium selama tiga bulan, Spotify Premium selama empat bulan serta Google AI Pro selama tiga bulan.

Sementara itu, Xiaomi 17T hadir dalam pilihan warna Violet, Blue, Opal White dan Black dengan pilhan storan 12GB+512GB pada harga RM2,499. Pembeli turut menerima REDMI Pad 2 9.7 (4+64GB) bernilai RM569 serta hadiah tambahan bernilai sehingga RM1,256 termasuk pakej perlindungan dan langganan yang sama bergantung kepada model yang dipilih. Selain itu, terdapat juga pilihan harga lebih berpatutan bagi model 12GB+256GB pada harga RM2,399 yang ditawarkan secara eksklusif dalam talian, namun tanpa disertakan dengan tawaran tambahan.

Sekaranglah, masa terbaik untuk mendapatkan telefon-telefon ini dengan buat pratempahan hari ini di Xiaomi Store, mi.com, atau di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop untuk nikmati hadiah percuma selagi promosi masih berlangsung!

Penafian: Advertorial dari Xiaomi Malaysia.