
Xiaomi 18 Fold bakal menjadi telefon lipat lebar pertama keluaran Xiaomi. Menariknya, jenama ini memilih strategi pelancaran dua sebelum acara tahunan Apple, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Telefon tersebut telah dipamerkan di IFA 2026 Berlin sejak semalam, namun hanya di belakang kaca dan tidak boleh disentuh. Beberapa komponen dalaman turut didedahkan melalui imej promosi di Weibo termasuk bateri berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 67W serta nirwayar 50W. Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan bateri 4,800mAh sahaja.
Xiaomi 18 Fold akan dikuasai oleh cip baharu keluaran jenama ini sendiri iaitu Xring O3 dan menjadi telefon pertama dengan memori berasaskan LPDDR6. Ia hadir dengan kamera utama 200MP (1/1.56 inci), periskop 50MP dengan zum 3.5x serta ultra-lebar 50MP. Kesemua kamera belakang ini menggunakan lensa Leica Summilux. Xiaomi turut mendakwa peranti ini mempunyai ketahanan jatuh sehingga 1.2 meter.
Buat masa ini, pelancaran hanya disahkan untuk pasaran China tanpa kepastian sama ada ia akan dipasarkan di pasaran global atau sebaliknya.
sumber – Xiaomi




