Xiaomi 18 Fold Akan Hadir Dengan Kamera Leica

TechnologyDigital
2 Sep 2026 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Trend telefon lipat lebar bakal diteruskan oleh Xiaomi melalui pengenalan model baharu yang dikenali sebagai Xiaomi 18 Fold. Peranti ini dipaparkan secara rasmi di laman web Xiaomi China dengan rekaan penuh yang memperlihatkan bentuk kompak apabila dilipat yang menyerupai pasport dengan sisi melengkung.

Image from: Xiaomi 18 Fold Akan Hadir Dengan Kamera Leica

Apabila dibuka sepenuhnya, Xiaomi 18 Fold berubah menjadi paparan besar menyerupai tablet dengan rekaan simetri yang memberikan pengalaman lebih imersif untuk tontonan video dan tugasan produktiviti. Bahagian belakang pula dilengkapi modul kamera berbentuk bar mendatar yang agak tebal dengan beberapa lensa besar. Logo Leica turut dipaparkan yang menandakan kerjasama strategik dalam sistem kamera premium Xiaomi.

Image from: Xiaomi 18 Fold Akan Hadir Dengan Kamera Leica

Setakat ini, tiada spesifikasi penuh dikongsikan. Butiran lanjut dijangka diumumkan pada acara pelancaran rasmi di China pada 7 September 2026

Image from: Xiaomi 18 Fold Akan Hadir Dengan Kamera Leica
Image from: Xiaomi 18 Fold Akan Hadir Dengan Kamera Leica

Sumber – Xiaomi China

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved