Xiaomi Pad 6 & 6 Pro: Duo tablet berspesifikasi tinggi pada harga yang menarik

Digital
19 Apr 2023 • 4:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan Xiaomi 13 Ultra dan Xiaomi Band 8, pengguna turut dihidangkan Xiaomi dengan pelancaran sepasang tablet, Xiaomi Pad 6 Pro dan Xiaomi Pad 6. Mereka adalah sekuel kepada Xiaomi Pad 5 dan Xiaomi Pad 5 Pro yang dilancarkn seawal tahun 2021 lalu.

image is not available

Harga Xiaomi Pad 6 Pro & Xiaomi Pad 6 di China

Buat masa ini, siri Xiaomi Pad 6 hanya ditawarkan dalam pasaran China dan berikut adalah harga rasmi siri Xiaomi Pad 6 di sana:

  • Xiaomi Pad 6 RAM 6GB/Storan 128GB – CNY1,899 (RM1,220)
  • Xiaomi Pad 6 RAM 8GB/Storan 128GB – CNY1,999 (RM1,285)
  • Xiaomi Pad 6 RAM 8GB/Storan 256GB – CNY2,299 (RM1,477)
  • Xiaomi Pad 6 Pro RAM 8GB/Storan 128GB – CNY2,399 (RM1,542)
  • Xiaomi Pad 6 Pro RAM 8GB/Storan 256GB – CNY2,699 (RM1,735)
  • Xiaomi Pad 6 Pro RAM 12GB/Storan 256GB – CNY2,999 (RM1,927)
  • Xiaomi Pad 6 Pro RAM 12GB/Storan 512GB – CNY3,299 (RM2,120)

Xiaomi turut memperkenalkan dua aksesori baharu untuk dikepilkan bersama tablet baharu ini. Yang pertama adalah aksesori papan kekunci dengan pad sesentuh dijual pada harga CNY599 (RM385) dan aksesori kedua adalah stailus generasi kedua pada harga CNY449 (RM289).

image is not available

image is not available

Spesifikasi Xiaomi Pad 6 Pro

Xiaomi Pad 6 Pro adalah varian yang lebih premium dalam kalangan yang dilancarkan. Ia ada panel paparan LCD sebesar 11" dengan resolusi 2.8K (2880 x 1800). Panel itu mempunyai kadar segar semula setinggi 144Hz dan untuk keselamatan, ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3.

image is not available

Atas papan utama, tablet ini diperkasa SoC Snapdragon 8+ Gen 1. Ia bergandingan dengan beberapa konfigurasi RAM dan storan. Pengguna ada pilihan sama ada RAM 8GB + storan 128GB, RAM 8GB + storan 256GB, RAM 12GB + storan 256GB, ataupun RAM 12GB+ storan 512GB.

Xiaomi Pad 6 Pro ada kuadspeaker stereo untuk berikan pengalaman multimedia yang mantap.

image is not available

Di jabatan pengimejan, bakal pemilik tablet ini mengambil gambar menggunakan kamera utama 50MP F1.8 yang terletak di belakang tablet. Kamera kedua tidak mengambil gambar sebaliknya membantu kamera utama dalam menghasilkan kesan bokeh. Gambar selfie boleh diambil menggunakan kamera 20MP F2.2.

image is not available

Tablet ini mengandungi sistem bateri berkapasiti 8,600mAh dan ia dicas menggunakan blok pengecas dan kabel USB-C yang disediakan pada paras 67W. Satu kelebihan XIaomi Pad 6 Pro berbanding vairan yang lebih murah adalah ia ada pengimbas cap jari yang disekalikan dengan butang kuasa.

image is not available

Spesifikasi Xiaomi Pad 6

Xiaomi Pad 6 adalah varian yang lebih murah. Fizikalitinya sama sahaja macam varian Pro tapi seperti yang dikatakan tadi, ia tiada pengimbas cap jari dan ia ada beberapa kelainan pada segi spesifikasi.

image is not available

Perkara yang sama adalah Xiaomi Pad 6 turut diberikan panel paparan 11" beresolusi 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz yang dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Sistem audio juga kekal pada konfigurasi kuadspeaker stereo.

Merentasi daripada komponen-komponen yang dinyatakan tadi, Xiaomi Pad 6 diberikan spesifikasi yang berbeza. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 870 yang lebih berusia. Konfigurasi RAM dan storannya juga terhad daripada segi pilihan. Pengguna dihidangkan dengan kombinasi seperti RAM 6GB + storan 128GB, RAM 8GB + storan 128GB, dan RAM 8GB + storan 256GB.

image is not available

Untuk mengambl gambar, kamera utama tablet ini bersensor 13MP F2.2 manaklaa satu lagi kamera adalah didepan yang dilengkapi sensir 8MP.

image is not available

Baterinya lebih besar pada 8,840mAh tapi pengecasannya perlahan pada 33W sahaja.

Bacaan berkaitan