Xiaomi Band 8 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri Lebih Baik, Pilihan Aksesori Lebih Pelbagai

TechnologyDigital
19 Apr 2023 • 5:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi kini telah pun memperkenalkan generasi ke-8 untuk gelang tangan pintar mampu-milik mereka, iaitu Xiaomi Band 8.

Xiaomi Band 8 hadir dengan skrin 1.62 inci berasaskan AMOLED, serta mengekalkan rekaan skrin berbentuk pil seperti sebelum-sebelum ini. Xiaomi Band 8 turut menyertakan sokongan skrin aktif sentiasa, atau Always On Display.

image is not available

Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan kalis air 5ATM, serta sensor seperti memantau kadar denyutan nadi, sensor pemantauan tahap oksigen dalam darah, serta pemantauan corak tidur.

Pada Xiaomi Band 8 ini, ia kini menawarkan masa penggunaan sehingga 16 hari lamanya pada penggunaan biasa, atau sehingga 6 hari dengan skrin aktif sentiasa. Bahagian pengecasan juga dilihat hadir dengan pengecas rekaan baharu.

image is not available

Menariknya juga kali ini, Xiaomi hadir dengan pilihan sejumlah gelang tangan berbeza, disamping turut menawarkan aksesori berbentuk rantai, atau klip yang boleh dipasang di kasut.

image is not available

Buat masa ini, Xiaomi Band 8 diumumkan untuk pasaran China sahaja. Kita mungkin melihat penawaran globalnya hadir tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved