
Dengan pelbagai pihak bersaing dalam arena kecerdasan buatan, Xiaomi nampaknya tidak ingin ketinggalan dan kini dilaporkan sedang bangunkan sebuah pembantu maya tersendiri dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Mi Chat.
Xiaomi MI Chat dijangka akan menggunakan model bahasa yang dibangunkan Xiaomi sendiri, dan akan digunakan dalam mengintegrasikannya pada produk Xiaomi, serta memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna dalam menjawab pelbagai pertanyaan.
Ia tidak diketahui sama ada Mi Chat ini hanya akan memfokuskan pengguna di China sahaja atau turut akan diperluaskan ke pasaran global. Pada masa kini, kebanyakkan peranti berasaskan Android hadir bersama integrasi Gemini secara terbina.
Xiaomi menjadualkan acara ekosistem mereka pada 17 Disember 2025 ini, dimana mereka dijangka berkongsi lanjut berkenaan dengan Mi Chat ini.



