
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika anda ingat, pada penghujung Mei lalu, Xiaomi Malaysia secara rasmi telah melancarkan model peranti telefon pintar, Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro.
Bukan itu sahaja Xiaomi turut memperkenalkan tiga lagi produk menarik iaitu Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10 Pro and Xiaomi Buds 6.

Baca artikel berkaitan: Lebih Dari Sekadar Telefon! Peranti Xiaomi 17T & Xiaomi 17T Pro Rasmi Dilancarkan Di Malaysia
Namun sebenarnya selain peranti dan gajet pintar itu, Xiaomi turut memperkenalkan barisan perkakasan rumah pintar terbaharunya di Malaysia, iaitu Mijia Air Conditioner GentleAir, Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L, Mijia Front Load Washer Dryer, dan Xiaomi Robot Vacuum H50 Series.
Menurut Xiaomi kesemua peralatan ini merupakan sebahagian daripada strategi “Human × Car × Home” syarikat yang makin berkembang, dengan tujuan menjadikan kehidupan harian lebih cerdas dan lebih selesa.
Seperti perkakas pintar terdahulu, semua peralatan rumah pintar ini boleh disambungkan terus ke ekosistem Xiaomi melalui app Xiaomi Home. Korang boleh pantau status peranti secara masa nyata (real-time), terima notifikasi berguna, ubah tetapan dari jauh, dan dapat kemaskini perisian OTA tanpa perlu keluar rumah pun. Yang best lagi, model-model tertentu turut serasi dengan Google Assistant dan Amazon Alexa, jadi cukup cakap je, semua boleh dikawal!
Mijia Air Conditioner GentleAir 1.0HP & 1.5HP

Tersedia dalam dua saiz, 1.0HP dan 1.5HP, Mijia Air Conditioner GentleAir direka khas untuk hasilkan aliran udara yang lebih lembut berbanding penyaman udara biasa, terima kasih kepada rekaan soft air vane.
Ada tiga mod aliran udara yang unik. Halo Flow untuk edaran menyeluruh, Canopy Flow untuk penyejukan meluas dari atas, dan Carpet Flow yang biarkan udara panas naik secara semula jadi dari lantai. Sesuai untuk macam-macam keadaan dalam rumah!
Dari segi prestasi, ia mampu menyejukkan dalam masa 30 saat dan memanaskan dalam masa 60 saat. Ada juga Turbo Mode untuk kuasa penuh dengan satu ketukan. Lebih menarik lagi, mod penjimatan tenaga Mijia AI boleh meningkatkan kecekapan tenaga sehingga 24.5%, bergantung pada model.
Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L

Peti sejuk ini hadir dengan kapasiti bersih 635L, iaitu 394L untuk bahagian sejuk dan 241L untuk bahagian beku. Ada empat lapisan penyimpanan dengan 18 petak pelbagai fungsi, memudahkan korang untuk susun barang keperluan harian dengan kemas dan teratur.
Secara ringkasnya ia menggunakan teknologi dual inverter untuk penjimatan tenaga yang lebih baik, dengan penyejukan menyeluruh yang pantas dan sekata. Teknologi Ag⁺ Fresh pula membantu mengurangkan bau dan bakteria seperti E. coli, manakala sistem penyejukan tanpa beku bermakna tiada lagi kerja-kerja defrost manual yang menyusahkan.
Nak tahu apa yang lebih menarik? Suhu Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L ini boleh dikawal suhu jauh dengan menggunakan app Xiaomi Home, selain menggunakan Google Assistant dan Alexa untuk arahan tanpa sentuhan.
Mijia Front Load Washer Dryer 9kg

Bagi yang selalu kelam-kabut dengan urusan cucian, mesin basuh terbaharu Xioami ni mungkin jawapannya.
Ia menggunakan dram besar 525mm dengan lebih 30 program cucian, termasuk cucian pantas 15 minit untuk keperluan harian yang mendesak.
Mod sanitasi khas pula menggabungkan wap suhu tinggi dan air panas untuk menghapuskan 99.99% bakteria dan 100% hama.
Fungsi pengeringan pintarnya pula menggunakan aliran udara 3D dan sensor ketepatan tinggi. Ia akan menghentikan proses pengeringan secara automatik apabila pakaian sudah kering dengan sempurna, jadi korang tak perlu risau baju rosak atau terlalu panas.
Dengan aplikasi Xiaomi Home, korang boleh kawal dan pantau mesin dari jauh pada bila-bila masa, bahkan korang juga boleh menyimpan tetapan peribadi untuk akses pantas.
Untuk yang lebih suka mesin basuh sahaja, Xiaomi juga ada Mijia Front Load Washer 9kg, 100% dengan spesifikasi sama namun tanpa fungsi pengering. Fleksibel ikut keperluan dan bajet masing-masing!
Xiaomi Robot Vacuum H50 Series

Xiaomi Robot Vacuum H50 hadir dengan kuasa sedutan 10,000Pa yang mampu menyedut habuk, serpihan, dan rambut dengan mudah.
Sistem anti-tangled dwi memastikan rambut tak tersangkut pada berus, manakala mop berputar berkelajuan tinggi sehingga 180rpm boleh menyedut kotoran degil dari lantai.
Navigasi laser LDS pula membolehkan pemetaan 360° seluruh rumah (memang mudah!) dan sistem pengesanan permaidani akan angkat pad mop secara automatik setinggi 10mm setiap kali ia mengesan keberadaannya di atas karpet.
Alatan ini juga menggunakan tangki air 4L yang besar sekaligus mampu menampung pembersihan sehingga 240m² dalam satu sesi, manakala beg habuk boleh bertahan hingga 75 hari!
Bagi yang nak lebih canggih, Xiaomi Robot Vacuum H50 Pro menawarkan kuasa sedutan lebih tinggi iaitu 15,000Pa, ditambah dengan dua lengan robotik yang mampu capai sudut dan tepi yang sempit. Sistem pengelakan halangan peringkat milimeter memastikan ia bergerak lancar mengelak perabot, kabel, dan objek dalam rumah. Stesen dok automatiknya pula ada fungsi pengumpulan habuk, papan basuh sendiri, dan pengeringan udara panas, semua dalam satu unit yang kemas.

Kedua-dua model menyokong kawalan melalui app Xiaomi Home untuk penjadualan dan pemantauan dari jauh, serta kawalan suara melalui Google Assistant dan Alexa.
Harga
| Produk | RRP (RM) | Harga (RM) |
| Mijia Air Conditioner GentleAir 1.0HP (tersedia 12 Jun) | RM 2,699 | RM 1,599 |
| Mijia Air Conditioner GentleAir 1.5HP (tersedia 12 Jun) | RM 2,999 | RM 1,799 |
| Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L (tersedia 12 Jun) | RM 3,999 | RM 2,799 |
| Mijia Front Load Washer Dryer 9kg (tersedia 12 June) | RM 2,199 | RM 1,199 |
| Mijia Front Load Washer 9kg (tersedia 12 June) | RM 1,999 | RM 999 |
| Xiaomi Robot Vacuum H50 Pro (tersedia 12 Jun) | RM 2,699 | RM 1,999 |
| Xiaomi Robot Vacuum H50 | RM 2,499 | RM 1,299 |
Kesemua peranti pintar terbaru Xiaomi ini dah boleh didapati mulai 5 Jun di kedai Xiaomi seluruh negara, mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Kalau korang tengah fikir nak naik taraf rumah jadi lebih pintar, inilah masa yang sesuai untuk pertimbangkan!



