Xiaomi Lancarkan Jenama Sky Nomad Untuk Kereta EREV Mewah

TechnologyCars
9 Jul 2026 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi melancarkan jenama kenderaan baharu Sky Nomad atau dalam bahasa Mandarin Xiaomi Pengcheng di China semalam. Di bawah Sky Nomad, kenderaan EREV mewah bersaiz besar dan mengutamakan keselesaan akan dikeluarkan bagi membezakannya dengan jenama EV mereka yang lebih mementingkan prestasi tinggi.

Image from: Xiaomi Lancarkan Jenama Sky Nomad Untuk Kereta EREV Mewah

Dalam ciapan yang dikongsi di X, CEO Xioami Lei Jun mengatakan Sky Nomad dibangunkan bagi memenuhi permintaan pasaran China yang mahukan SUV dengan ruang besar yang pintar dan boleh dikonfigurasikan semula. Trend semasa ialah kenderaan dengan 6-7 tempat duduk yang selesa. Kenderaan kini bukan lagi sekadar medium pengangkutan tetapi juga adalah tempat kerja, digunakan bersama keluarga dan menjadi seakan rumah kedua.

Oleh itu sebuah platform baharu Xiaomi Kunlun dibangunkan dengan tubuh SUV dipadankan dengan lantai rata dan ruang tempat duduk yang panjang. Pemilik boleh mengubah ruang dalaman untuk membawa ahli keluarga dengan selesa, membawa haiwan peliharaan dan diubah menjadi ruang kerja apabila diperlukan.

Image from: Xiaomi Lancarkan Jenama Sky Nomad Untuk Kereta EREV Mewah
Sky Nomad N90

Dengan sistem EREV, ia boleh menggunakan enjin petrol untuk menjana kuasa elektrik pada motor sekiranya kehabisan bateri. Dikhabarkan kenderaan pertama di bawah Sky Nomad akan menggunakan nama N90. Ia dikhabarkan dilengkapi enjin 1.5 liter turbo dan bateri 70 kWh. Jarak perjalanan bateri ialah sehingga 500 km dan jarak EREV pula sehingga 1500 km.

Ia sepanjang 5.3 meter dengan kapasiti menempatkan 5-7 penumpang dengan pelbagai konfigurasi akan ditawarkan kepada pembeli. Beberapa gambar N90 yang sedang diuji telahpun tetiris dengan ia mempunyai tubuh berkotak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved