Xiaomi Mengatasi Apple Untuk Menjadi Jenama Telefon Pintar Kedua Terbesar Dunia Pada Ogos 2024

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 9:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Counterpoint Research kini berkongsi data terkini, memperlihatkan Xiaomi telah mengatasi Apple buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun, sekaligus memegang takhta jenama telefon pintar kedua terbesar dunia, pada bulan Ogos 2024 lepas. Perkembangan ini mungkin sementara, memandangkan Apple telah pun melancarkan iPhone 16 pada bulan September yang mungkin memperlihatkan jualan oleh Apple meningkat kembali pada September.

Xiaomi sendiri pada tahun ini tidak mengeluarkan sebanyak mana produk berbanding sebelum-sebelum ini. Mereka dilihat lebih memfokuskan kepada beberapa produk tertentu pada kategori harga berbeza dalam terus memenangi hati pengguna. Untuk minggu ini, Xiaomi bakal perkenalkan telefon mercu terbaru mereka, Xiaomi 14T.

image is not available

Menduduki tangga pertama jauh dihadapan adalah Samsung, yang mungkin memerlukan lebih masa oleh Apple mahupun Xiaomi untuk mengejarnya.

Dengan perkembangan arena teknologi, kini pelbagai pengeluar peranti mula memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan dalam memberikan pengalaman penggunaan yang berbeza, dan bukan sekadar berlawan dari segi spesifikasi teknikal semata-mata.