Xiaomi Mengesahkan MIX Fold 3 Akan Hadir Pada Ogos, Dilengkapi Teknologi Kamera Leica

TechnologyDigital
30 Jul 2023 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lei Jun kini mengesahkan mereka akan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka generasi baharu pada bulan Ogos 2023 ini, iaitu Xiaomi MIX Fold 3.

Xiaomi turut menyatakan mereka telah mencapai kejayaan kejuruteraan dalam beberapa perkara, terutamanya dalam sokongan modul lensa periskop untuk kamera – sekaligus membawa sistem empat kamera dengan lensa optikal Leica ke telefon boleh-lipat.

image is not available

Dengan ini juga, ia sekaligus mengesahkan MIX Fold 3 akan menjadi telefon boleh-lipat pertama dengan empat kamera padanya, sekaligus menambah-baik lagi sokongan rakaman pada peranti mudah-alih.

Tarikh pengenalannya tidak dinyatakan buat masa ini. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan pengenalan telefon baharu ini tidak lama lagi. Selain Xiaomi, beberapa jenama lain turut menyasarkan pengenalan telefon boleh-lipat masing-masing pada Ogos 2023 ini, termasuk Oppo.