Huawei akan melancarkan sistem operasi HarmonyOS 4.0 mereka ketika Huawei Developers Conference yang akan berlangsung pada 4 Ogos depan. Imej acah yang dikongsi oleh Huawei mengesahkan sistem operasi ini akan diumumkan pada tarikh tersebut.

HarmonyOS 4.0 telah menjalani proses ujian Beta sejak beberapa minggu yang lalu pada peranti seperti P60, Mate50, dan Mate 40. Sistem operasi HarmonyOS sepatutnya digunakan pada kesemua produk keluaran Huawei selepas mereka tidak lagi diberikan akses kepada GMS. Tetapi seperti yang dapat dilihat sekarang, ia hanya digunakan pada peranti di China sahaja.
Peranti global seperti yang dijual di Malaysia menggunakan EMUI yang diubahsuai dengan sebahagian ciri HarmonyOS ditawarkan. Setakat ini antara ciri baharu HarmonyOS 4.0 yang diperlihatkan ialah skrin status peranti baharu.
- Sumber
- Sparrownews

