Xiaomi Smart Band 10 Diperkenalkan Dengan Bateri Bertahan 21 Hari, Mod Renang Lebih Baik

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini mengadakan acara khas, sekaligus memperlihatkan mereka memperkenalkan sejumlah produk baharu secara rasminya. Memulakan pengenalan rasmi adalah gelang tangan pintar mereka yang sangat popular, iaitu Xiaomi Smart Band 10.

image is not available

Xiaomi Smart Band 10 sedia dikenali ramai sebagai gelang tangan pintar mampu milik, dengan ketahanan bateri yang lama. Versi baru ini menawarkan masa bertahan sehingga 21 hari lamanya. Ia hadir dengan rekaan bingkai yang lebih nipis dan simetri berbanding sebelum ini, selain turut menyertakan sejumlah sensor seperti beberapa model sebelum ini.

image is not available

Sensor yang disertakan adalah termasuk untuk pemantauan kadar denyutan nadi, pemantauan SpO2, pemantauan kadar tekanan, selain ciri pemantauan khas untuk kesihatan wanita. Tidak setakat itu, model baharu ini turut hadir dengan ketahanan air 5ATM, termasuk mod renang khas yang membolehkan ia menjejak corak seseorang itu berenang ketika dalam kolam renang.

Dengan pelancaran rasmi di China ini, kita mungkin melihat ia turut diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved