Xiaomi TV Box S 2nd Gen Adalah Peranti Google TV Pertama Xiaomi

TechnologyDigital
19 Apr 2023 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi tidak asing dengan produk seperti kotak TV atau televisyen pintar. Tetapi jualan di peringkat global sudah lama tiada kemaskini dengan Mi Box S adalah yang terakhir di pasaran global. Baru-baru ini Xiaomi dikatakan ingin mengembalikan semula Mi Box dengan spesifikasi baharu, rekaan lain dan menggunakan Google TV.

image is not available

Produk ini adalah Xiaomi TV Box S 2nd Gen. Tiada lagi penggunaan nama “Mi” dan jelas sekali ini adalah sekuel atau pengganti kepada Mi Box S. Produk ini sedia tersenarai di laman web global Xiaomi lengkap dengan gambar dan spesifikasi tetapi tiada harga.

Rekaan nampak lebih kurang sama cuma panel atas menggantikan “Mi” dengan “Xiaomi”. Kotak TV ini menyokong paparan 4K, dijana cip empat-teras Cortex-A55 dengan GPU ARM Mali G31 MP2, memori 2GB RAM dan storan dalaman 8GB. Xiaomi TV Box S 2nd Gen ini turut menyokong WiFi 5GHz, Bluetooth 5.2, menyokong Dolby Audio, Dolby Vision, dan turut menggunakan port HDMI 2.1.

image is not available

Tiada sambungan optikal untuk audio tetapi masih ada port bicu audio 3.5mm. Setiap pembelian turut didatangkan dengan alat kawalan jauh. Buat masa ini harga jualan masih tidak diketahui. Tetapi saya jangkakan ia adalah lebih murah dari Apple TV 4K 2022 dan sedikit lebih tinggi berbanding Mecool KM7 Plus.