Xiaomi Watch S4 Dengan Saiz 41mm Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM549

TechnologyLifestyle
25 Sep 2025 • 6:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Watch S4 sudah pun dilancarkan sebelum ini namun kali ini Xiaomi membawa satu lagi saiz baharu iaitu 41mm yang nampak lebih elegan dan juga menarik. Ia menggunakan skrin bersaiz 1.32” dengan ketumpatan pixel sebanyak 352 serta kadar segar semula 60 hz. 

image is not available

Xiaomi Watch S4 ini menggunakan sensor dengan ketepatan yang tinggi untuk degupan jantung. Ia juga mempunyai lebih daripada 150 mod sukan untuk anda yang aktif dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 4 hari untuk penggunaan normal dan sehingga 8 hari untuk penggunaan ringan. 

image is not available

Xiaomi Watch S4 dengan saiz 41mm ini boleh didapatkan dengan warna Black dan Mint yang menggunakan tali jenis fluororubber dengan harga RM549. Warna putih dengan tali jenis kulit pada harga RM599. Warna terbaru iaitu Sunset Gold dengan tali milanese dijual dengan harga RM999 namun sempena promosi anda boleh dapatkannya pada harga RM799.

image is not available