Xioami HyperOS Juga Akan Melangkau Terus Ke Versi 26 Seperti Apple

TechnologyDigital
9 Jun 2025 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malam ini Apple diramalkan akan mengubah nombor versi pada semua sistem operasi mereka terus ke angka 26 bagi menyeragamkan pembangunan serta mengurangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Maka selepas ini mislanya iOS 18 akan terus ke iOS 26 dan visionOS 2 terus ke visionOS 26. Kini muncul laporan Xiaomi turut akan mengikut sistem penamaan yang sama untuk HyperOS.

image is not available

HyperOS seterusnya bukan lagi HyperOS 3 tetapi sebaliknya terus ke HyperOS 26 apabila ia dilancarkan pada Oktober depan. Seperti langkah Apple, Xiaomi melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. Ini adalah lebih relevan kepada Xiaomi yang baru sahaja berubah daripada MIUI ke HyperOS beberapa tahun lalu.

Adakah ini akan menjadi ikutan pengeluar lain? Sekiranya ya adalah ia perkara positif ataupun negatif. Jika anda bertanya kepada saya, penamaan sistem operasi mengikut tahun memang memudahkan kebanyakan pengguna tetapi adalah canggung bagi peminat teknologi yang mengikuti perkembangan setiap sistem operasi dari awal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved