“Ya Ibu Masih Lagi Bergantung ‘Life Support’, Kena Banyak Pantau Lagi” – Anak A. Aida Kongsi Perkembangan Terkini

EntertainmentHealth & Fitness
27 Sep 2025 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsian pelakon, Azeva Natassha di Instagram Story, dia memaklumkan ada perkembangan positif pada ibunya yang merupakan seorang pengarah dan penerbit, Datuk A. Aida yang kin ditidurkan serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Masih bergantung ‘life support’

Bagaimanapun, Azeva berkata masih banyak pemantauan berterusan, namun berharap agar ibunya kembali sedar dan sihat sejahtera seperti sebelum ini.

Alhamdulillah dia sudah semakin okay tapi ya masih lagi bergantung ‘life support’. Kena banyak pantau lagi. Minta semua doakan yang terbaik untuk dia ya.

image is not available

Doa ibu kembali pulih

Dalam pada masa yang sama, pelakon berkenaan turut sempat memohon agar orang ramai menitipkan doa agar A. Aida cepat pulih dan kembali ke pangkuan keluarga.

Semoga doa kita semua diperkenankan oleh-Nya, dan ibu saya diberi peluang untuk terus bersama keluarga yang amat menyayanginya. Aamiin ya Rabbal ‘alamin,.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azeva Natassha (@azevanatassha)

Sebelum ini, A. Aida dimaklumkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan terus ke ICU.

image is not available 2025-09-26 18:38:11

"Masa Dia Buat Rawatan, Serangan Jantung Datang" - Ameng Kongsi Keadaan A Aida, Darah Beku Di Jantung & Paru-Paru