“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

15 Jul 2024 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Ben Ladin mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan berita mengenai perkahwinannya bersama isteri yang dikenali sebagai Anna.

Ben menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

 

Ada sebab tak umum perkahwinan

 

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 23, berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan sebaliknya sedang menunggu gambar rasmi daripada jurugambar sebelum berkongsi berita baik itu secara umum.

“Maaf membuatkan anda semua menunggu, saya menerima begitu banyak kiriman mesej daripada keluarga, sahabat, media dan juga peminat.

“Sebenarnya saya cuma ingin memberitahu secara rasmi bahawa saya telah berkahwin dengan isteri tercinta, Anna.

“Kami berdua memutuskan untuk merahsiakan perkara itu sehingga kami telah berkahwin secara rasmi.

“Dalam pada masa yang sama, saya baru sahaja dapat gambar rasmi perkahwinan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih juga pada semua yang terlibat,” jelasnya.

 

 

 

 

 

Kahwin di usia 23 tahun

        View this post on Instagram                      

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)

Dalam pada itu, Ben juga berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka dalam menempuhi alam perkahwinan di usia muda.

“Ya saya sudah berkahwin pada usia 23 tahun dan memilih dia untuk menjadi isteri saya selamanya. 

“Harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua, dan semoga kami sentiasa kuat untuk lalui perjalanan di dalam rumah tangga di masa akan datang,” tulisnya.

 

 

 

 

Terdahulu, tular di TikTok mengenai satu video merakamkan Ben mengenakan pakaian sut berona biru gelap manakala isterinya pula memakai gaun serba putih minggu lalu.

 

Dalam video tersebut, kelihatan tiga jari pelantun lagu Hikayat Benladin inu memakai inai merah dan memeluk wanita itu.