Yang di-Pertuan Agong rasmi kampus tetap UKM

3 Sep 2026 • 11:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yang di-Pertuan Agong rasmi kampus tetap UKM

Pada 3 September 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Yang di-Pertuan Agong berharap Universiti Kebangsaan Malaysia mendahului pusat-pusat pengajian tinggi lain di negara ini mengeluarkan pakar-pakar, sama ada dalam bidang teknologi perindustrian atau teknologi pertanian.

Dalam titah ucapan merasmikan pembukaan kampus UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Seri Paduka menarik perhatian bahawa, sektor perindustrian dan pertanian hendaklah diberi perhatian yang sama berat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 September 1976 – Pegawai-pegawai kanan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura akan berbincang bagi mewujudkan konsep kawasan aman di Asia Tenggara.
  • 3 September 1980 – Pertandingan ‘Bintang RTM 80’ yang bakal bermula pada 30 September ini buat pertama kalinya akan ditayangkan di televisyen secara berwarna.
  • 3 September 1981 – Jaguh lumba basikal trek negara, Rosman Alwi berjaya menggondol tiga pingat emas dalam kejohanan lumba basikal Pesta Sukan Singapura yang diadakan di Ferrer Park, 29 Ogos lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my

The post Yang di-Pertuan Agong rasmi kampus tetap UKM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved